Thursday, 26 November 2015

FORUM 4

TEKANAN(STRESS)

                     


    Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan dan lain-lain.Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. 
    Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secara automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Persoalannya bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia? Adakah mereka menghadapi masalah stress yang tinggi?

8 comments:

  1. Bagi saya kanak-kanak mengalami tekanan daripada ibubapanya sendiri akibat daripada untuk memenuhi harapan ibubapa mereka.Bila harapan ibubapa tidak dipenuhi,ibubapa akan memberi tekanan kepada anak mereka dengan menghantar ke kelas tambahan, aktiviti muzik,sukan dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menjalani kehidupan normal sebagai seorang kanak-kanak.ini memberi tekanan kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan yang saudara berikan itu. Saya sangat bersetuju dengan saudara bahawa tekanan itu datang daripada ibu bapa itu sendiri. Akan tetapi tekanan itu bakal muncul sekiranya gangguan emosi terjadi terlebih dahulu. Menurut pandangan saya, gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me­nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.

      Delete
  2. pendapat saya pula ya saudari,
    tekanan ibubapa hasilkan gangguan emosi atau gangguan emosi hasilkan tekanan?ayam dulu atau telur dulu?

    gangguan emosi tidak akan terjadi tanpa sebarang isu,konflik atau tekanan dari persekitaran seperti saudari nyatakan. seseorang tidak akan terganggu emosinya sekiranya dia berada dalam keadaan stabil dan tanpa tekanan dari sebarang sumber contohnya ibubapa,persekitaran,kawan sebaya dan sebagainya. bagi saya, gangguan emosi merupakan respon kepada sebarang perkara yang berlaku dan gagal diuruskan dengna baik oleh kanak-kanak atau individu tersebut. Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kecuali mereka yang mewarisi penyakit genetik dari ibubapa mereka.kerintangan seseorang menghadapi sebarang bentuk tekanan dari persekitaran dan orang signifikan dengannya juga kadang-kala bergantung pada tahap kecerdasan emosi yang diwarisi atau dimilikinya.

    Punca
    Gangguan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan berpunca dari pelbagai sumber seperti saudari nyatakan, akan tetapi keluarga dan kaunselor memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan gangguan emosi pelajar berkenaan dalam mengenal pasti punca, pengurusan dan juga cara rawatan yang sesuai. Mengikut pengalaman saya sebagai seorang guru,ramai di kalangan pelajar yang melakukan kesalahan disiplin merupakan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah seperti bercerai, dera dan faktor ekonomi. Kadangkala mereka yang datang dari keluarga stabil juga melakukan kesalahan disiplin akibat pengaruh rakan, sikap mahu mencuba, mahu diterima ke dalam kelompok dan juga persekitaran kelas tidak kondusif seperti saudari nyatakan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan yang telah saudara lemparkan. Sememangnya gangguan emosi yang telah menghasilkan tekanan dan saya juga menyutujui punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan pelajar seperti yang telah saudara nyatakan di atas. Gangguan emosi banyak terjadi tidak kira samada dikalangan murid sekolah rendah mahupun murid prasekolah. pada pandangan saya kanak-kanak merupakan insan yang lemah dan mereka sepatutnya tidak didedahkan dengan pelbagai masalah atau isu yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang banyak bergaduh di hadapan anak-anak.Tanpa mereka sedari, anak-anak yang mula membesar akan meniru tingkahlaku atau sebaliknya dan mengalami stress. Kanak-kanak yang mengalami stress kita dapat lihat, mereka akan lebih suka bersendirian dan murung. Bagi saya , kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah juga mengalami stress yang tinggi tanpa ibu bapa sedari. sebagai ibu bapa, guru atau sesiapa yang terdekat perlu mengetahui keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut. Masyarakat di sekeliliung juga perlu prihatin terhadap kanak-kanak di sekeliling mereka. Hal ini kerana mencegah lebih baik daripada merawat. oleh hal yang demikian kita seharusnya menggembleng tenaga agar masalah ini tidak terus menjadi barah dalam masyarkat.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudari Nur Syifa. disini saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kesihatan mental kanak-kanak. seperti yang kita ketahui, kesihatan mental dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Ini kerana, persekitaran yang baik akan menyebabkan perkembangan mental seimbang.Namun, sekiranya dikaitkan dengan penyataan anda bahawa kanak- kanak akan mengalami tekanan perasaan kerana faktor ibu bapa dan guru adalah benar kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya pemikiran yang seimbang pada tahap prasekolah dan sekolah rendah. oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting terhadap penjagaan kanak- kanak supaya mereka tidak mengalami tekanan atau stress pada tahap umur mereka yang masih muda. Ini kerana pada tahap ini, mereka memerlukan bimbingan dalam melakukan sesuatu mereka. Kerana dunia mereka adalah dunia bermain. Oleh itu, kesihatan mental harus dijaga kerana akan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudari Farah. sangat memberansangkan pandangan yang telah dilontarkan oleh saudari. sesungguhnya adalah betul apa yang diperkatakan oleh saudari bahawa kesihatan mental dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Dalam konteks ini, jikalau persekitaran mereka positif maka minda dan pemikiran mereka akan menjadi positif dan begitulah sebaliknya. Berbalik kepada apa yang diperkata saudara Najmunddin , seorang kaunselor juga memainkan peranan yang tersendiri dalam membasmi masalah ini daripada terus merebak. Kaunselor berperanan dalam memberi nasihat dan membimbing pelajar yang menunjukkan tanda-tanda kemurungan mahupun gangguan emosi. kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar. Di peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama. jelasla disini bahawa bukan murid prasekolah sahaja yang mengalami kemurungan mahupun gangguan emosi malah murid sekolah rendah jugak tiada tolok bandingnya dalam masalah ini.

      Delete
  4. selamat malam saudari Syifa. Pada pendapat saya, kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia emosi mereka masih stabil tidak teruk seperti negara luar. Biasanya, kanak-kanak prasekolah akan stres apabila ibu bapa menghantar ke sekolah kerana mereka takut untuk pergi ke sekolah . Hal ini demikian kerana, kanak-kanak dalam lingkungn umur ini, mereka perlukan hubungan yang rapat,mereka mahukan masa lebih untuk bersama-sama dengan keluarga. Kanak-kanak sekolah rendah pula, mereka dikatakan stres apabila ibubapa meletakkan harapan yang tinggi dalam pelajaran mereka. Mereka terpaksa belajar lebih masa untuk mencapai keinginan ibu bapa mereka. Mereka seharusnya diberi peluang untuk meluangkan masa bermain dengan rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini, apa yang saudara katakan itu adalah sangat munasabah dan boleh diterima pakai kerana ketika kanak-kanak seusia prasekolah telahpun mengalami kemurungan. Ini kerana mereka terlalu terikat dengan kehendak ibu bapa mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan yang telah saudara lemparkan. Sungguh bernas idea yang ingin disampaikan itu. Seperti mana yang telah saya jelaskan kepada saudari Farah iaitu masalah kemurungan yang dihadapi kanak-kanak prasekolah mahupun kanak-kanak sekolah rendah adalah merupakan setandingan. Dalam konteks ini, mereka tidak akan mengalami kemurungan atau tekanan jika tiada gangguan emosi daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa itu sendiri. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah menggembleng tenaga agar dapat membasmi masalah ini. Berbalik kepada apa yang saudara utarakan bahawa kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia emosi mereka masih stabil tidak teruk seperti negara luar. Mengenai hal tersebut, saya agak bersetuju dengan pendapat saudara kerana hal ini mungkin atas faktor kewangan. Seperti yang kita ketahui, dari segi kewangan di luar negara, mereka lebih mewah berbanding penduduk Malaysia. Negara mereka merupakan sebuah negara yang berpenduduk sedikit seperti negara Denmark, Australia dan banyak lagi jikalau mahu dibandingkan dengan penduduk Malaysia yang optimum. Disamping itu juga, sistem pendidikan negara yang sering berubah-ubah menyebabkan kanak-kanak perlu bersedia memasuki peringkat-peringkat yang baru. salah satu contoh yang akan memberikan tekanan bagi kanak-kanak penilaian-penilaian berbentuk akademik seperti UPSR yang kini telah dimansuhkan kerana mereka perlu menghabiskan masa dengan belajar berbanding keluarga. oleh itu, pada hemat saya, keadaan kesihatan mental itu bergantung dengan bagaimana sikap orang dalam persekitaran kanak-kanak itu.

      Delete