Thursday, 26 November 2015

FORUM 4

TEKANAN(STRESS)

                     


    Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan dan lain-lain.Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. 
    Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secara automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Persoalannya bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia? Adakah mereka menghadapi masalah stress yang tinggi?

FORUM 3


KECERDASAN 



Kecerdasan emosi merupakan kemampuan untuk menggunakan emosi secara efektif dalam mengelola diri sendiri dan mempengaruhi hubungan dengan orang lain secara positif.Kecerdasan spiritual adalah sebagai landasan yang diperlukan untuk memfungsikan kecerdasan intelektual dan kecerdasan emosi. Seorang dosen yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi adalah orang yang memiliki prinsip dan visi yang kuat, mampu memaknai setiap sisi kehidupan serta mampu mengelola dan bertahan dalam kesulitan. Intelektual adalah lebih difokuskan kepada kemampuan seseorang dalam berpikir. Induvidu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan mendalami kemahiran ini demi keharmonian masa depan. Oleh hal yang demikian juga,bahaskan mengenai kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelektual dalam dunia pekerjaan.

Wednesday, 25 November 2015


kau sahabatku

kadangkala kau tersenyum disaat kau berduka
sembunyikan duka mu demi kebahagian semua orang lain
mengapa??

wahai sahabat
bukan kami mahu mengasingkanmu
tapi sedarlah bahawa kami sangat menyanyangimu.
i love u all my friends


Saturday, 14 November 2015

FORUM 2


NILAI KEKELUARGAAN
                                                                                               


     Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Seperti yang sudah sedia maklum bahawa ibu bapa merupakan eset yang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu bapa,maka tiadalah kita didunia ini. Ibu bapa merupakan role model untuk anak-anak dan merupakan cerminan buat anak-anak. Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri berbanding kerjaya. Malangnya kebanyakan ibu bapa kini mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak dirumah tersisih. 
     Bapa juga merupakan tulang belakang dalam sesebuah keluarga. Bapa merupakan ketua keluarga yang sewajarnya mengambil tahu selok-belok hal keluarga serta menerapkan nilai murni yang baik kepada anak-anak dan isteri. Seorang bapa yang baik dan mengenal erti tanggungjawab tidak akan membiarkan keluarganya terkapai-kapai dalam kegelapan duniawi semata-mata. Oleh hal yang demikian,apakah masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan bapa?


Thursday, 12 November 2015



ZAMAN KEGEMILANGANKU..


   
                     time ney mase form 5.. 1 word.. RINDU
                      RINDU nak gado satu asrama
                      RINDU nak main simbah2 air mse last day SPM
                      RINDU nak stay up n sanggup tdo dlm kls semate2 nak siapkan unga
                      RINDU nak bernasyid.. RINDU korang sgt2
                 

FORUM 1


  RAKAN SEBAYA





     Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia. Saya merupakan siswi  UPSI di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak telah diminta untuk melakukan tugasan. Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang positif dan mampu memberikan impak yang positif terhadap individu yang lain.

      Marilah melontarkan pendapat anda mengenai "Proses sosialisasi mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan bagaimanakah rakan sebaya mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak". pendapat dan ulasan anda amatlah sangat dialu-alukan. sekian terima kasih.

Sunday, 4 October 2015

ROOMATE TERCINTE

cinta haty sepanjang hary ku...
mereka la kakak2 sepanjang saya merantau
always love them..