KECERDASAN
Kecerdasan emosi merupakan kemampuan untuk menggunakan emosi secara efektif dalam mengelola diri sendiri dan mempengaruhi hubungan dengan orang lain secara positif.Kecerdasan spiritual adalah sebagai landasan yang diperlukan untuk memfungsikan kecerdasan intelektual dan kecerdasan emosi. Seorang dosen yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi adalah orang yang memiliki prinsip dan visi yang kuat, mampu memaknai setiap sisi kehidupan serta mampu mengelola dan bertahan dalam kesulitan. Intelektual adalah lebih difokuskan kepada kemampuan seseorang dalam berpikir. Induvidu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan mendalami kemahiran ini demi keharmonian masa depan. Oleh hal yang demikian juga,bahaskan mengenai kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelektual dalam dunia pekerjaan.

Saudari, saya dapati sememangnya kecerdasan emosi amatlah penting dalam bidang pekerjaan masa kini. Rakyat Malaysia umumnya, sangat memrlukan pengawalan emosi dan penguasaan emosi dalam diri bagi membantu mereka mengekalkan kelangsungan mereka dalam sektor pekerjaan selain daripada terus mengasah kemahiran intelektual mereka untuk terus maju dalam bidang kerjaya masing-masing. Di sini ingin saya berikan pandangan saya atas pertanyaan soalan saudara, sememangnya rakyat Malaysia kurang sedar akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam diri membantu mereka dalam bidang pekerjaan. Masyarakat hanya menitikberatkan penguasaan kecerdasan intelektual dalam diri mereka, kerana mereka berpendapat kemahiran intelektual yang membantu mereka terus kekal berjaya dalam kerjaya. Persepsi mereka yang memandang mudah terhadap penguasaan kecerdasan emosi dapat kita lihat pada masa kini dengan penularan stress di tempat kerja. Kawalan emosi yang tidak berkesan adalah punca permasalahan ini berlaku. Individu yang menguasai kemahiran kecerdasan emosi akan bijak menangani masalah perasaan, dan ianya akan membantu mereka menjadi pekerja yang mempunyai emosi yang stabil dan jauh dari gejala stress. Dan sememangnya, pandangan saya berpendapat bahawa masyarakat di Malaysia masih belum menyedari akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam sektor pekerjaan buat diri mereka
ReplyDeleteTerima kasih saudara Azrin atas pandangan yang telah diberikan. Saya sama sekali tidak menyangkal pendapat saudara yang menyatakan bahawa kecerdasan emosi sangat penting dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi sememangnya perlu ada dalam diri seseorang dan tidak ketinggalan juga kecerdasan sosial. Hal ini kerana seseorang pekerja tidak seharusnya mencampurkan masalah emosi di dalam alam pekerjaan. Implikasi yang bakal diterima ialah semua kerja yang kita lakukan akan tunggang langgang. Akan tetapi saya lebih menekankan kecerdasan intelektual kerana ia merupakan kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah infomasi menjadi fakta. Orang yang kecerdasan intelektualnya baik, baginya tidak ada informasi yang sulit, semuanya dapat disimpan dan diolah, pada waktu yang tepat dan pada saat dibutuhkan diolah dan diinformasikan kembali. Sayyed Hossein Nasr menyebut akal sebagai proyeksi atau cermin dari hati (qalb), tempat keyakinan dan kepercayaan manusia. Akal bukan hanya instrument untuk mengetahui, melainkan juga sebagai wadah bagi "penyatuan" Tuhan dan manusia. Ibnu Sina dan Alkindi mahupun hierarki ilmu dari Al-Farabi dalam Teori Akal Aktif-nya menjelaskan bahawa dalam diri manusia, akal bersifat potent yang kemudian mewujud dalam bentuk jiwa (spirit). Kesimpulan daripada pandangan saya ialah seseorang yang sudah bekerjaya harus memiliki kesemua kecerdasan yang telah ditakrifkan.
DeleteAssalamualaikum saudari Syifa. saya ingin memberi sedikit pandangan. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.
ReplyDeleteWalaikumsalam saudari Farah Nuraqila. Apa yang anda katakan itu adalah betul. Ingin saya menambah sedikit input dalam pandanagan yang anda berikan itu. Seperti mana yang kita ketahui, kompetensi Kecerdasan Emosi ialah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Disamping itu juga, kemahiran ini sangat penting dan perlu dipraktikkan oleh setiap guru dan ibu bapa dalam proses mendidik murid dan anak-anak di rumah dan sekolah dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri. Individu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
DeleteSelain itu juga, komponen cerdik dan pandai sememangnya wujud tetapi cerdas juga memperihalkan tentang kemampuan akal manusia. Walau bagaimanapun, untuk mengenali maksud kecerdasan yang berkaitan dengan psikologi, kita harus melihat beberapa definisi yang diutarakan oleh pakar-pakar yang mengkaji hal ini.
Mengikut takrifan seorang pakar psikologi yang mengasaskan satu daripada alat penilaian kecerdasan iaitu David Wechsler (1975), kecerdasan itu adalah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarannya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong Ia menghadapi cabaran hidup”. Hal ini tidak bermakna yang seseorang itu mesti pandai atau sentiasa mendapat markah yang tinggi dalam setiap ujian pencapaian.
OLeh itu, apa yang anda katakan itu memang boleh diterima pakai dan sangat munasabah. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Setinggi-tinggi terima kasih atas pandangan yang anda berikan dalam perbincangan isu yang telah saya utarakan sebelum ini.
Assalamualaikum saudari Syifa,pada pandangan saya, kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi
ReplyDeleteWalaikumsalam saudara Fardie. Terima kasih atas pandangan yang cukup bernas itu. Ya memang betul bahawa kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya akan tetapi kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Dalam konteks ini, individu yang memiliki kecerdasan sosial yang kuat akan mudah berkomunikasi dan berinteraksi dengan proaktif tanpa menunggu orang lain. Sementara individu yang memiliki kecerdasan sosial rendah akan bekerja sendiri, tidak mampu bekerja dalam pasukan secara bersama-sama. Individu yang tidak cerdas secara sosial hanya mampu bekerja sendiri. Walaupun memilki kecerdasan intelektual yang tinggi dan sangat berbakat, individu tersebut sukar bekerjasama di dalam sesuatu pekerjaan. Ini akan memberikan impak negatif bagi organisasi kerana ia berpotensi menjadi benih konflik dalam lingkungan kerja dan akhirnya mengakibatkan kerja yang sempurna sukar di capai.Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun. Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.
Deleteperkongsian yang bernas
ReplyDeletepada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.
ReplyDeleteTerima kasih saudara Rassel atas pandangan yang telah diberikan. Seperti mana yang telah saya katakan di atas kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya akan tetapi kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Kita semua sebagai graduan masa kini sememangnya harus memiliki ketiga-tiga elemen tersebut iaitu kecerdasan intelektual,kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial. Hal ini kerana cuba kita bayangkan seorang arkitek yang mahu membuat bangunan tetapi tiada asas tiang yang kukuh,maka bangunan tersebut tidak akan berdiri dengan gah nya. Sama lah seperti hal ini iaitu dimana elemen yang disenaraikan amat penting dalam dunia pekerjaan. Oleh hal yang demikian,saya berpendapat ketiga-tiga elemen sangat penting dan tidak boleh diketepikan salah satu daripadanya.
Delete