NILAI KEKELUARGAAN
Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Seperti yang sudah sedia maklum bahawa ibu bapa merupakan eset yang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu bapa,maka tiadalah kita didunia ini. Ibu bapa merupakan role model untuk anak-anak dan merupakan cerminan buat anak-anak. Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri berbanding kerjaya. Malangnya kebanyakan ibu bapa kini mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak dirumah tersisih.
Bapa juga merupakan tulang belakang dalam sesebuah keluarga. Bapa merupakan ketua keluarga yang sewajarnya mengambil tahu selok-belok hal keluarga serta menerapkan nilai murni yang baik kepada anak-anak dan isteri. Seorang bapa yang baik dan mengenal erti tanggungjawab tidak akan membiarkan keluarganya terkapai-kapai dalam kegelapan duniawi semata-mata. Oleh hal yang demikian,apakah masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan bapa?

Saudari, pada pendapat saya, hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat dalam hidup seseorang.Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi. Pada pandangan saya, hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki adalah lebih terbuka dari segi interaksi dan pergaulannya. Hal ini berkemungkinan kerana kesamaan jantina antara sang ayah dan anak lelakinya yang membuatkan hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki lebih terbuka. Berbeza pula dengan hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan. Anak perempuan akan lebih gemar bercerita, dan berkongsi masalah dengan ibu. Namun begitu, hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan boleh dipupuk dengan lebih baik jika bapa bijak dalam mencungkil apa yang tersirat dalam diri anak perempuannya. Diharap pandangan yang saya berikan ini dapat memberikan input yang baik kepada persoalan saudara serta boleh ditambah lagidengan hujah dan pandangan daripada para pembaca sekalian. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih saudara Azrin atas pandangan yang telah diberikan. Saya sangat menyokong pandangan anda yang mengatakan bahawa hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki adalah lebih terbuka dari segi interaksi dan pergaulannya manakala hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan pula mereka akan lebih gemar bercerita, dan berkongsi masalah dengan ibu. Pada pandangan saya,Model Lambs (1997) menjelaskan penglibatan bapa dalam asuhan merangkumi tiga kategori berikut: (1) Masa bersama (engagement) iaitu penglibatan bapa dalam berinteraksi bersama dengan anak dalam pelbagai aktiviti,(2) Mudah dihubungi, iaitu interaksi bapa secara langsung dan tidak langsung dan (3)Tanggungjawab,iaitu bapa bertanggungjawab menyediakan kebajikan dan perhatian terhadap anak-anak. Implikasi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa pula ialah kanak-kanak mungkin kehilangan rasa hormat terhadap bapa yakni tidak mempedulikan keadaan sekitarnya yang ada kaitan dengan bapa.
DeleteAssalamualaikum saudari Nur Syifa. Disini saya ingin mengemukakan pendapat saya bahawa secara umumnya ibu bapa merupakan unit yang bertanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak termasukalah dalam perkembangan sosial,rohani,emosi dan intelek. Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan menjadi seorang kanak-kanak yang panas baran dan sentiasa menujukkan ketidakpuasan hati mereka. Hal ini disebabkan oleh role model seorang bapa yang menujukkan sikap panas baran mereka. Ini juga disebabkan oleh tiada pihak yang ingin memeberikan nasihat positif kepada kanak-kanak bahawa setiap perlakuan yang dilakukan oleh mereka adalah sikap yang negatif. Kanak-kanak juga mungkina akan menghadapi tekanan hidup yang tinggi. Ini disebabkan oleh sikap bapa mereka yang tidak menumpukan perhatian dan peranan mereka sebagai seorang bapa. Kanak-kanak yang kurang mendapatkan perhatian bapa mereka akan mengjadapi tekanan emosi secara tidak langsung. Mereka akan bersikap cemburu dan iri hati dengan bapa rakan mereka yang sentiasa menerima sepenuh perhatian bapanya. Anak akan merasa tidak dihargai apabila ibubapa tidak mengambil berat tentang apa yang mereka lakukan samaada di rumah atau di sekolah. Wujud juga pelbagai masalah yang melibatkan masyarakat seperti kes curi.
ReplyDeleteWalaikumsalam saudari Farah. Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan tersebut. Saya bersetuju dengan pandangan saudari yang menyatakan masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan menjadi seorang kanak-kanak yang panas baran dan sentiasa menujukkan ketidakpuasan hati mereka. Sebagai seorang bapa yang menjadi ketua keluarga, sifat bertanggungjawab harus disemai dalam diri untuk membimbing keluarga ke jalan yang betul. Pepatah melayu ada menyatakan 'bapa borek anak rintik'. Oleh hal yang demikian, bapa seharusnya menjadi role model kepada anak agar mereka tidak meniru sifat yang negatif. Bukan itu sahaja, hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. Sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat. Sekian terima kasih.
DeleteSalam 1 Malaysia saudari Nur Syifa Azmi saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Antara masalah yang timbul sekiranya anak tidak rapat dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.
ReplyDeleteSelain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi.
Terima kasih saudara Rassel atas pandangan yang cukup bernas itu. Sememangnya adalah benar bahawa kanak-kanak tidak mampu membuat keputusan dengan sendiri apabila mereka tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa. Bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang secukupnya agar masalah begini mudah diatasi. Seperti mana yang telah saya jelaskan,bapa berperanan sebagai role model kepada keluarganya. Hal ini dapat dilihat melalui sudut islam, terdapat satu hadis yang menyokong konsep perapatan. Aqra' b. Habitah berjumpa Rasulullah, semasa perbincangan Hassan cucu Rasulullah datang, baginda mencium hassan. Aqra' berkata, " saya ada 10 anak tetapi tidak pernah mencium mereka". Rasulullah berkata, " Allah akan memuliakan mereka yang menunjukkan kasih sayang kepada anak". Hadis ini jelas menunjukkan bahawa islam amat menitik beratkan soal perapatan dalam kehidupan sehingga Allah akan memuliakan ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Deleteassalamualaikum saudari Nur Syifa. saya bersetuju dengan pandangan yang telah dilontarkan oleh saudara Rassel akan tetapi komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya. Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.
ReplyDeleteWalaikumsalam saudara Fardie. Terlebih dahulu terima kasih atas pandangan yang saudara lontarkan itu. Saya tidak menyangkal pendapat anda mahupun pendapat saudara Rassel. Pendapat yang kalian lontarkan sememangnya sangat memberansangkan. Izinkan saya melontarkan pendapat. Menurut Pipp & Haromon (1987), perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini adalah untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan (bond) atau perapatan antara bayi dengan penjaga. Dia juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu atau penjaga kepada bayi. Sememangnya apa yang dikatakan oleh saudara Fardie itu adalah benar. Hubungan bapa dengan anak akan menjadi renggang jikalau hal ini terus berlaku. Impak daripada hal ini,mereka akan menjadi liar dan mudah terjebak dengan gejala yang negatif seperti yang telah saudara kemukakan di atas. Oleh hal yang demikian, bapa haruslah memberikan didikan yang sempurna terutama dari segi agama kerana jika tiada agama dalam diri seseorang maka runtuhlah akhlak peribadi. Didikan agama sejak kecil sangat penting kerana anak-anak ini ibarat kain putih yang perlu dicorak oleh ibu bapa itu sendiri. Didikan agama yang sempurna juga mampu membuatkan mereka dapat membezakan perkara yang betul dan perkara yang salah. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.
DeleteSalam saudari syifa,
ReplyDeletesebagai seorang ayah saya bersetuju dengan pendapat saudari. Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak,binatang pun kita lihat sayangkan anak. akan tetapi dalam mengharungi keperluan hidup semasa memerlukan ibubapa mengejar kejayaan kerjaya untuk memastikan kelangsungan hidup bekeluarga. ya,wang ringgit tidak boleh membeli kasih sayang. akan tetapi kasih sayang masih memerlukan wang ringgit untuk terus mekar. Bagaimana ibubapa mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka sekiranya mereka tidak memiliki apa-apa.apa yang hendak diberikan?kasih sayang sahaja tidak mampu menyekolahkan anak-anak,kasih sayang sahaja tidak mampu membelikan mereka pampers dan susu,kasih sayang sahaja tidak mampu memberikan tempat tinggal kepada keluarga. akan tetapi ada segelintir ibubapa yang terleka dalam perlumbaan tikus ini dan mengabaikan keluarga. tekanan hidup yang berlaku sekarang dijangka akan lebih teruk pada tahun hadapan. Pekerjaan yang sedia ada juga tidak terjamin.waima kerja kerajaan sekalipun. Inilah antara faktor perpecahan sistem keluarga. apabila ibu atau bapa tidak berfungsi, sistem keluarga itu sendiri akan musnah secara perlahan-lahan sekiranya tidak diperbaiki segera. pengabaian kefungsian ini akan menyebabkan keluarga itu tidak berfungsi akibat ibubapa tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ibubapa boleh bekerjaya akan tetapi masih perlu berfungsi sebagai ibu atau bapa dalam keluarga masing-masing. Ia perlu seiring. walaubagaimanapun keluarga masih perlu menjadi keutamaan.
Walaikumsalam saudara Najmunddin dan terima kasih atas pandangan yang telah dilontarkan. Ya memang betul bahawa wang ringgit tidak boleh membeli kasih sayang tetapi kasih sayang memerlukan wang ringgit untuk meneruskan kelansungan hidup. Seperti mana yang telah saudara katakan kasih sayang tidak mampu membeli apa-apa yang ada di dunia ini. Akan tetapi punca utama yang ketara dilihat disini adalah kasih sayang dan bukannya wang semata-semata. Kasih sayang itu sendiri haruslah datang daripada keluarga terutama bapa itu sendiri kerana bapa merupakan iman dalam sesebuah keluarga bahagia. Saya tidak mengatakan seorang ibu itu tidak penting tetapi jikalau mahu membuat bangunan haruslah mempunyai struktur yang kukuh. Samalah di dalam hal ini, bapa sangat memainkan peranan yang penting dalam memupuk sebuah keluarga yang sempurna. Sebagai kesimpulan, perapatan adalah amat penting bagi membentuk remaja atau individu yang bersahsiah tinggi. Ia amat penting bagi mewujudkan individu yang mempunyai pemikiran yang positif, berkeyakinan tinggi, hormat menghormati dan mempunyai akhlak yang baik. Modul didikan keluarga amat baik bagi membantu masyarakat membentuk perapatan yang baik dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang perapatan dengan anak bagi mewujudkan generasi yang gemilang. Hal ini kerana perapatan ataupun hubungan kasih sayang amat penting bagi pembentukan anak-anak yang baik. Kuih yang sedap selalunya berasal dari resepi yang baik dan acuan yang cantik. Begitu juga di ibaratkan perhubungan anak-anak dengan ibu bapa.
Delete