Thursday, 12 November 2015

FORUM 1


  RAKAN SEBAYA





     Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia. Saya merupakan siswi  UPSI di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak telah diminta untuk melakukan tugasan. Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang positif dan mampu memberikan impak yang positif terhadap individu yang lain.

      Marilah melontarkan pendapat anda mengenai "Proses sosialisasi mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan bagaimanakah rakan sebaya mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak". pendapat dan ulasan anda amatlah sangat dialu-alukan. sekian terima kasih.

8 comments:

  1. Assalamualaikum saudari Nur Syifa Azmi. Izinkan saya untuk mengutarakan pendapat saya mengenai sosialisasi mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Disamping itu, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Contohnya kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Fardie kerana telah melontarkan pandangan anda. Dari perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Zaman remaja turut memperlihatkan perubahan daripada segi sosial dan emosi. Perkembangan sosio-emosi adalah cantuman perkataan ‘sosial’ dan ‘emosi’. Ia terbentuk daripada personaliti remaja itu sendiri. Dalam memperkembangkan sosio-emosinya, remaja perlu mengukuhkan personaliti diri dengan cara membentuk identiti diri, mempunyai nilai hidup, konsep kendiri yang positif, penghargaan yang tinggi untuk dirinya, mempunyai imbangan antara diri dan sosial serta mempunyai persepsi yang sihat pada orang lain. Kanak-kanak pula adalah seorang budak kecil yang belum mencapai baligh serta belum tahu membuat keputusan dengan sendirinya. Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalaman dan luaran. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja yang perlu diurus dengan baik supaya pertumbuhan remaja tidak terhalang dan berkembang secara positif, fizikal, mental dan emosinya. Oleh hal yan demikian adalah benar apa yang telah diperkata oleh saudara bahawa kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang baik akan memberi impak yang positif dan begitulah sebaliknya. Rakan-rakan yang baik akan mendorong kita ke arah kebaikan. Secara tidak langsung perkembangan sosioemosi kita akan lebih stabil.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Izinkan saya mengemukakan pendapat berkaitan dengan mauduk bicara berbunyi pengaruh rakan sebaya dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Pada pandangan saya, rakan sebaya bukan sahaja mempengaruhi kanak-kanak ke arah perkembangan negatif namun rakan sebaya juga penyumbang kepada perkembangan sosioemosi yang kukuh selaras dengan perkembangan Jasmani, Rohani , emosi dan sosial ( JERIS ) mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan perhubungan sosial kanak-kanak agar mereka dibimbing secara berkesan dan matang. Sekian sahaja dari saya. Saudari, ingatlah pujangga ini, " bercinta biar satu, berkawan biar seribu". Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Walaikumsalam saudara dan terima kasih kerana sudi memberikan idea yang sungguh bernas itu. Ya, memang betul apa yang telah diperkata oleh saudara bahawa rakan sebaya bukan sahaja mempengaruhi kanak-kanak ke arah perkembangan negatif namun rakan sebaya juga penyumbang kepada perkembangan sosioemosi yang kukuh selaras dengan perkembangan Jasmani, Rohani , emosi dan sosial ( JERIS ) mereka. Pada pendapat saya, . Rakan sebaya merupakan orang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarga menjadi kurang penting. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat ianya akan berkurangan setelah anak-anak mula memasuki alam persekolahan dimana mereka mula mengenali rakan baru dan akan menghabiskan masa bersama. Tanpa disedari anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dengan akan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, dan peranan pemikiran. Impaknya anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa sahaja yang dipelajarinya. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perlakuan dari rakan sebaya berbanding keluarga. Sebagai contoh perubahan sikap kanak-kanak daripada situasi dimana dulunya kanak-kanak lebih suka ibu bapa belikan sesuatu tetapi apabila meningkat remaja, mereka lebih cenderung memilih sendiri apa yang diingini bersama rakan sebaya. Ini kerana mereka beranggapan mereka mampu untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada keluaga. Maka dengan itu jelaslah menunjukkan kanak-kanak lebih efektif dan bersosialisasi dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Kesimpulannya, rakan sebaya membawa pengaruh yang cukup kuat dalam membentuk peribadi seseorang. Rakan merupakan cerminan kepada diri seseorang. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah memilih rakan yang baik demi masa depan anda. Jika kita tersalah pilih kawan, maka masa depan anda kurang terjamin. Bak kata pepatah ' mencegah itu lebih baik daripada merawat'

      Delete
  3. salam sejahtera saudari Nur Syifa, saya setuju dengan pendapat saudara dari segi pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya sebaya akan mempengaruhi sosieomosi mereka. Pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga akan menyebabkan perkembangan moral anak-anak tidak berkembang dengan wajarnya jika salah pilih kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Rassel atas pandangan yang telah diberikan. Seperti mana yang telah saudara katakan itu, rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja. Oleh hal yang demikian, rakan sebaya merupakan aset yang terpenting kerana rakan sebaya mampu mempengaruhui kita dari pelbagai sudut positif mahupun negatif. Bagi mereka, rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama. Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu, rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Bukan itu sahaja, apabila kanak-kanak mula masuk prasekolah dan darjah satu, mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk membentuk perhubungan rakan sebaya dan meluaskan pengalaman sosial mereka. Perhubungan yang paling penting di sekolah ialah dengan gurunya yang mengantikan ibu kanak-kanak untuk menolongnya dan memahaminya. Mengikut Tyron, guru-guru di prasekolah, darjah satu dan darjah dua, kanak-kanak akan berubah di mana penyelesaian fizikal akan bertambah,kekuatan, kawalan dan kemahiran. Permainan yang dimain pada masa ini ialah lompat tali, kejar-kejar dan galah panjang. Kanak-kanak pada masa ini juga akan mencipta permainan dan memastikan mereka akan mematuhi peraturan tersebut. Pada masa ini juga kanak-kanak mula menjadi lebih bebas daripada konkongan orang dewasa. Mereka sudah pandai bersiap sedia dan memakai baju sendiri, mcnguruskan mainan mereka sendiri dan masalah mereka. Pada masa ini juga mereka menyedari orang dewasa juga kadang kala bersalah dan sering tidak menepati janji.(Sharifah Alwiyah Alsagoff 1987)

      Delete
  4. berdasarkan pernyataan diatas, saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. jika diingat pada masa kita kecil, kita lebih cenderung menghabiskan masa dengan rakan sebaya atau dalam lingkungan yang sama dengan melakukan aktviti bersama-sama berbanding dengan ibu bapa. sehinggakan ada yang sangup dari pagi hingga petang tanpa mengira waktu bermain bersama-sama. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah bermain masak-masak dan meniru aksi dalam lakonan dengan mengambil watak-watak tertentu dan selalunya aksi berlawan dalam komik. semasa melakukan aktiviti inilah sosio emosi kanak-kanak itu akan berkembang. kanak-kanak lazimnya menjadikan rakan sebaya sebagai panduan mereka. sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bercerita dengan rakan sebaya berkaitan dengan benda yang mereka suka dan tidak suka. bagi kanak-kanak yang suka marah, mengejek dan merajuk, kanak-kanak akan cenderung mengikut sikap dan perlakuan rakannya. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan yang saudari katakan itu. Pernyataan yang anda katakan itu adalah betul. Seperti mana yang kita ketahui, sewaktu kita berada dalam zaman kanak-kanak dahulu, kita sering menghabiskan masa seharian bersama-sama dengan rakan-rakan. Seperti mana yang telah dikatakan oleh Sigmund Freud dalam teori psikoseksual, beliau menyatakan bahawa pada peringkat Latensi pada umur 6 tahun hingga baligh, kanak-kanak perlu diberi peluang dalam mengembangkan mereka bersosial. Pada tahap ini, mereka akan mula bersosial untuk mencapai kepuasan mereka. Mereka akan mula mengalihkan perhatian ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja,

      Delete